Sunday, July 3, 2011

Melestarikan Hubungan Malaysia Indonesia


Saya dijemput khas ke mesyuarat AJK Induk PAPTI pada 3 Julai 2011 yang dibuat di rumah Profesor Dr Jambari Hj. Ali, mesyuarat membincangkan persiapan Mesyuarat Agung PAPTI ke-19 yang akan diadakana pada 16 Julai 2011, mulai jam 8.00 malam bertempat di Hotel Equitorial Bangi, Bandar Baru Bangi.

Beberapa keputusan penting yang dapat dikongsi bersama kawan-kawan ialah pembentukan Jawatankuasa Tetap Hubungan PAPTI-IKAMA yang akan menanggani secara tetap hubungan antara Malaysia dan Indonesia. Peranan Jawatankuasa Tetap ini sangat penting kerana selain daripada sifatnya tetap, iaitu Jawatankuasa ini akan terus ujud walau pun ada pergantian kepimpinan tertinggi PAPTI dalam mana-mana Mesyuarat Agung PAPTI berikutnya, ianya akan bertindak terus dengan rakan kongsi di Indonesia iaitu IKAMA, singkatan bagi Ikatan Alumni Mahasiswa Indonesia di Malaysia, IKAMA ialah saudara kembarnya PAPTI.

PAPTI menggabungkan semua rakyat Malaysia yang pernah belajar di Indonesia, sementara IKAMA pula menggabungkan semua rakyat Indonesia yang pernah belajar di Malaysia. Saya ibaratkan hubungan antara PAPTI dan IKAMA ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan.

Mesyuarat juga telah memutuskan bahwa Jawatankuasa Tetap Hubungan PAPTI-IKAMA diketuai oleh Profesor Madya Dr. Ismail Bin Abdullah, dan Penolong Ketua ialah Profesor Dr Jambari Hj. Ali dan seorang lagi yang berada dalam Jawatankuasa itu ialah Dr. Dasril Syahriar, yang mewakili alumni Sumatra. Dua orang lagi ahli Jawatankuasa sedang dikenalpasti bagi mewakili alumni Jakarta dan Jogjakarta. Tugas utama Jawatankuasa ialah mengadakan Seminar Serantau Sains dan Teknologi di Universiti Pandjajaran, Bandung pada bulan Jun 2012. Seminar ini akan melibatkan semua Negara-negara yang bergabung dalam ASEAN dan menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya dalam pembentangan kertaskerja.

Pihak IKAMA pula mempunyai wakil di Jakarta iaitu Dr. Tiena Amran (kini bertugas di Universiti Trisaki dan Al-Azhar), di Bandung diwakili oleh Dr. Sri Fatimah (bertugas di Universiti Pandjajaran, Bandung) dan Dr. Widayati (kini bertugas di Universiti Pembangunan Veteran Nasional, Jogjakarta).

Perkara kedua yang penting mendapat perhatian ahli-ahli PAPTI ialah cadangan penubuhan Koperasi PAPTI (KoPAPTI), melalui koperasi ini banyak kegiatan perniagaan ahli-ahli PAPTI dapat diselaraskan.

Saya menyeru semua ahli-ahli PAPTI atau yang belum menjadi ahli PAPTI dating ke Mesyuarat Agung PAPTI pada waktu dan tarikh yang dsebut di atas. Sila hubungi Setiausaha PAPTI, Dr. Mokhtar Abu Bakar di talian bimbit beliau 0193201439 atau email di mokhtar98@gmail.com.

Sesiapa yang ingin memberikan cadangan mengenai Hubungan PAPTI-IKAMA harap dapat menghubungi saya di telefon bimbit 0193860824 atau emailkan saya di isbah88@gmail.com semoga usaha kita untuk memajukan PAPTI dan melestarikan hubungan Malaysia dengan Indonesia Berjaya sepenuhnya.

Wallahu a’lam.

No comments: