Wednesday, April 15, 2009

Merenda Kerjasama Antara PAPTI - IKAMA


Photo Rumah Sakit Umum (RSU) Dr Sardjito ini saya sertakan kerana saya memfotonya sewaktu melawat anak kelima Abdul Jabbar Ismail yang membuat praktikal kedoktorannya di RSU Dr Sardjito itu. Saya ke Jogjakarta pada 10 April 2009 dan berada di sana sehingga 12 April 2009.
Dalam kesempatan di Jogja, saya sempat berbincang dengan Dr Widayati, Ketua IKAMA (Ikatan Mahasiswa yg pernah belajar di Malaysia). Dr Widayati ialah lulusan PhD UKM dalam bidang Kimia.
Dalam perbincangan itu kami sependapat agar PAPTI - IKAMA memulakan satu kegiatan bersama terlebih dahulu, apakah berupa lawatan atau apa saja kegiatan yang dapat mencetuskan kebersamaan antara PAPTI dan IKAMA.
Kami sependapat untuk memulakan kegiatan bersama melalui lawatan. Dalam hal ini saya ingin meneruskan program "Lawatan Nostalgia", kali ini kita menumpukan lawatan di Jogjakarta dan sekitarnya.