Wednesday, July 20, 2011

Persiapan Konferensi Rantau Asean Sains dan Teknologi (KRAST2012) 6-8 Sept 2012 di Bandung

Berikut disampaikan sedikit laporan perbincangan antara Prof Dr Jambari Hj Ali (mewakili PAPTI) dengan Dr Sri Fatimah (mewakili IKAMA), pada 19 Julai 2011 di Kartika Sari Dago, Bandung, pukul 3.30 hingga pukul 5 petang. Perbincangan mereka mengenai perancangan Konferensi Serantau Asean PAPTI-IKAMA yang dijangka akan diadakan sekitar Jun 2012 di UNPAD, Bandung.

Beberapa keputusan penting yang telah dibincangkan adalah:

1. Tema besar mengenai “Kontribusi Ilmuwan (sains, sosial sains dan teknologi) mengurai problematika kemiskinan serantau” dengan sub-tema: (a) isu ketahanan pangan, (b) isu pemberdayaan bidang SAINS dan SAINS SOSIAL.
2. Penubuhan AJK UNPAD, pengurusan izin ke Rektor, Dekan, PD3 dan Ketua Jurusan akan segera di lakukan, kepanitiaan akan melibatkan mahasiswa.
3. Seminar bersiri, tahun 2012 isunya di mulai mengangkat isu kemiskinan.
4. Jangka masa Konferensi ialah 2 hari, dan 1 hari lagi untuk rekreasi.
5. Jumlah kertas kerja dijangkakan sebanyak 200 buah (pembentang).
6. Pendaftaran : (a) pembentangan lisan (viva), (b) peserta, (c) poster
7. Editor paper dan poster, bagi paper yg gagal diterima untuk viva, disarankan untuk poster, akan ada penghargaan untuk presenter dan poster terbaik,
8. Diperlukan dewan juri kompetisi ini dan editor memilih paper yg memenuhi syarat untuk diterima disampaikan secara viva
9. Format presentasi dalam bahasa Indonesia dan Melayu
10. Untuk lebih efisien makalah akan disediakan dalam bentuk CD,

Pertemuan berikutnya dengan Dr. Ismail Abdullah (Pengerusi JK Hubungan Antara PAPTI dan IKAMA) akan diadakan dalam bulan Oktober 2011 sewaktu kunjungan ke Bandung. Pada waktu itu sudah ada kepastian tempat konferensi, berapa biaya registrasi, tema dan sub-tema, teknikal program, perasmian, acaranya, jamuan, penginapan, rekreasi dan lain-lain. Mudah2an sudah dapat kejelasan utk selanjutnya menjadi bahan utk membuat promosi Konferensi secara online, serta berbagi tugas urusan kepanitiaan akan ditangani host (Unpad), untuk promosi dilaksanakan oleh PAPTI dengan dibantu oleh IKAMA.

Dipetik dari email Dr Sri Fatimah (IKAMA, Bandung).

Sunday, July 3, 2011

Melestarikan Hubungan Malaysia Indonesia


Saya dijemput khas ke mesyuarat AJK Induk PAPTI pada 3 Julai 2011 yang dibuat di rumah Profesor Dr Jambari Hj. Ali, mesyuarat membincangkan persiapan Mesyuarat Agung PAPTI ke-19 yang akan diadakana pada 16 Julai 2011, mulai jam 8.00 malam bertempat di Hotel Equitorial Bangi, Bandar Baru Bangi.

Beberapa keputusan penting yang dapat dikongsi bersama kawan-kawan ialah pembentukan Jawatankuasa Tetap Hubungan PAPTI-IKAMA yang akan menanggani secara tetap hubungan antara Malaysia dan Indonesia. Peranan Jawatankuasa Tetap ini sangat penting kerana selain daripada sifatnya tetap, iaitu Jawatankuasa ini akan terus ujud walau pun ada pergantian kepimpinan tertinggi PAPTI dalam mana-mana Mesyuarat Agung PAPTI berikutnya, ianya akan bertindak terus dengan rakan kongsi di Indonesia iaitu IKAMA, singkatan bagi Ikatan Alumni Mahasiswa Indonesia di Malaysia, IKAMA ialah saudara kembarnya PAPTI.

PAPTI menggabungkan semua rakyat Malaysia yang pernah belajar di Indonesia, sementara IKAMA pula menggabungkan semua rakyat Indonesia yang pernah belajar di Malaysia. Saya ibaratkan hubungan antara PAPTI dan IKAMA ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan.

Mesyuarat juga telah memutuskan bahwa Jawatankuasa Tetap Hubungan PAPTI-IKAMA diketuai oleh Profesor Madya Dr. Ismail Bin Abdullah, dan Penolong Ketua ialah Profesor Dr Jambari Hj. Ali dan seorang lagi yang berada dalam Jawatankuasa itu ialah Dr. Dasril Syahriar, yang mewakili alumni Sumatra. Dua orang lagi ahli Jawatankuasa sedang dikenalpasti bagi mewakili alumni Jakarta dan Jogjakarta. Tugas utama Jawatankuasa ialah mengadakan Seminar Serantau Sains dan Teknologi di Universiti Pandjajaran, Bandung pada bulan Jun 2012. Seminar ini akan melibatkan semua Negara-negara yang bergabung dalam ASEAN dan menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya dalam pembentangan kertaskerja.

Pihak IKAMA pula mempunyai wakil di Jakarta iaitu Dr. Tiena Amran (kini bertugas di Universiti Trisaki dan Al-Azhar), di Bandung diwakili oleh Dr. Sri Fatimah (bertugas di Universiti Pandjajaran, Bandung) dan Dr. Widayati (kini bertugas di Universiti Pembangunan Veteran Nasional, Jogjakarta).

Perkara kedua yang penting mendapat perhatian ahli-ahli PAPTI ialah cadangan penubuhan Koperasi PAPTI (KoPAPTI), melalui koperasi ini banyak kegiatan perniagaan ahli-ahli PAPTI dapat diselaraskan.

Saya menyeru semua ahli-ahli PAPTI atau yang belum menjadi ahli PAPTI dating ke Mesyuarat Agung PAPTI pada waktu dan tarikh yang dsebut di atas. Sila hubungi Setiausaha PAPTI, Dr. Mokhtar Abu Bakar di talian bimbit beliau 0193201439 atau email di mokhtar98@gmail.com.

Sesiapa yang ingin memberikan cadangan mengenai Hubungan PAPTI-IKAMA harap dapat menghubungi saya di telefon bimbit 0193860824 atau emailkan saya di isbah88@gmail.com semoga usaha kita untuk memajukan PAPTI dan melestarikan hubungan Malaysia dengan Indonesia Berjaya sepenuhnya.

Wallahu a’lam.