Tuesday, June 21, 2011

Lawatan Kerja UNISBA ke FST USIM


Pada 21 Jun 2011, satu rombongan 6 orang pensyarah Fakultas Teknik, Universiti Islam Bandung (UNISBA) telah melawat ke Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan membincangkan beberapa kerjasama antara kedua-dua fakulti.
Rombongan UNISBA terdiri dari Dr Ir Ernady Syaodih, Ir Bambang Pranggono, Dr H. Uton Rustam Harun, Dr Nia Kurniawati, Dr Herdawati dan Dr Yulia.
Kumpulan yang mewakili "Urban and Regional Planning Program" di UNISBA itu telah mengemukakan beberapa gagasan kerjasama yang menarik yang akan mencakupi kawasan IMT (Indonesia Malaysia Thailand) dan BIMP (Brunei Indonesia Malaysia Philipine). Kerjasama regional yang sedemikian sangat baik untuk diterokai terutama dalam hal-hal kebaikan bersama. Jika negera-negara Asean sama-sama membangun dan bekerjasama dalam berbagai bidang, kestabilan di negara-negara Asean dapat dijamin, maka kemajuan yang lestari dapat dijanakan. Insya Allah.
Semoga lawatan balas USIM nanti akan dapat meneruskan idea kerjasama serantau.

No comments: